Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat, kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin iaitu
melalui teladan. Gaya kepimpinan menurut
Thoha (1995: 37) pula
ditakrifkan sebagai perilaku atau cara yang dipilih & dipergunakan
pemimpin dalam mempengaruhi fikiran, perasaan, sikap & perilaku orang
bawahannya. Beliau juga
mengertikan gaya kepimpinan
sebagai perilaku pemimpin
dalam mempengaruhi
bawahannya iaitu kemampuan
pemimpin untuk menyatakan
sesuatu hal dengan gaya
kepimpinan tertentu. Gaya
kepimpinan terdiri daripada dua kriteria objektif iaitu berorientasikan kerja
dan berorientasikan hubungan.
Terdapat beberapa gaya kepimpinan
iaitu autokratik, demokratik, Laissez-Faire,
kontegensi, Asertive, Responsive dan agresif.
Kepimpinan secara Autokratik adalah bentuk hubungan sehala antara pemimpindan
dipimpin. Demokratik adalah lebih liberal dan menerima pendapat orang lain. Laissez-Faire pula adalah lebih bersifat
memberi kebebasan, kurang unsur-unsur kawalan dan berperanan sebagai pemerhati.
Kontigensi pula ianya tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan untuk
memimpin dan mengutamakan penganalisisan terhadap kepentingan dan keperluan
mengikut keadaan. Asertif pula adalah bersifat bersungguh-sungguh, tegas dan
mengeluarkan pendapat supaya diterima oleh orang lain. Responsif ialah pemimpin
yang mendengar dan melihat dahulu sebelum bertindak serta tidak memuakan
sesuatu tetapi memberi reaksi ke atas sesuatu. Agresif pula adalah gaya
kepimpinan jenis yang percaya kepada diri sendiri, berani, mementingkan kuasa
dan inginkan keyajaan.
Kemahiran kepimpinan guru
pula adalah kebolehan mempengaruhi pelajar dan bertindak sebagai rakan setugas,
mentor, pembimbing, pakar kurikulum dan sebagai pembentuk pendekatan yang baru
menerajui kumpulan pembelajaran. Selain itu, mengambil bahagian dala
tugas-tugas operasi sekolah. Kepimpinan yang penting bagi seorang guru adalah
berkeupayaan melakukan perubahan dengan memberi sumbangan idea yang baik, dapat
diterima pakai dan melakukan tindakan sesudah dilantik terhadap jawatan yang
dipertanggungjawabkan.
Kepimpinan di peringkat
sekolah dibarisi oleh pengetua, penolong kanan pentadbiran, penolong kanan HEM,
penolong kanan ko-kurikulum, guru kanan bidang. Kompeten kepimpinan guru
menurut Clark ialah memiliki ilmu pengetahuan yang luas, mendalam dan terkini.
Selain itu, cekap menggunakan segala sumber yang ada secara optimum serta
memiliki budaya jadi diri. Seorang pemimpin juga hendaklah mahir dalam
berkomunikasi dengan berkesan, produktif, mengamalkan budaya beretika serta
mempunyai wawasan organisasinya.
Kesimpulannya seorang pemimpin
hendaklah mempunyai kriteria yang berwawasan bagi memimpin orang lain.
Organisasi pula merupakan sebuat unit yang sangat membawa impak terhadap
sesuatu matlamat. Kedua-dua elemen ini adalah saling berhubung antara satu sama
lain.
No comments:
Post a Comment