Pengurusan bilik pembelajaran
adalah amat penting dalam pemastikan kelancaran proses pembelajaran dan
pengajaran yang cekap dan berkesan. Bilik darjah merupakan tempat murid
ditempatkan dan disitu juga merupakan tempat dimana proses PDP dijalankan.
Berdasarkan
topik ini didapati bahawa faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah
ialah faktor fizikal penyusanan bilik darjah dapat menggalakkan atau menghalang
sesuatu pembelajaran. Menurut Sharifah Alwiah Alsagof, persekitaran fizikal
bilik darjah yang baik akan dapat meningkatkan kuasa serta sumber pengajaran
guru. Strategik pengurusan bilik pembelajran meliputi aspek penyusunan tempat
duduk pelajar, meja guru dan melakukan rutin bilik darjah. Dari segi bentuk
penyusunan kerusi meja pelajar, kedudukan susunan kerusi dan meja pelajar yang
sistematik akan memudahkan para pelajar untuk memberi perhatian terhadap apa
yang sedang diajar oleh guru di dalam bilik darjah. Manakala, meja guru pula
adalah berada di bahagian hadapan kelas dan guru harus berada di sekitar meja
pelajar bagi pembantu dalam proses pembelajaran. Rutin bilik darjah adalah
seperti membuat pemeriksaan tentang keadaan fizikal bilik darjah dan ianya
perlukan dilakukan pada waktu yang telah ditetapkan.
Interaksi
dalam bilik darjah adalah satu proses saling bertindak yang berlaku di antara sekurang-kurangnya
dua pihak. Istilah dua pihak bermaksud sama ada ia merupakan orang perseorangan
ataupun sekumpulan manusia jenis interaksi bercorak lisan seperti interaksi
sehala atau tradisional, interaksi dua hala antara guru dan murid, interaksi
dua hala antara murid dan murid, interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid
dan murid dengan murid dan interaksi komputer.
Kepimpinan
dan kaedah mengajar guru sememangnya adalah amat mempengaruhi suasana bilik
darjah. Suasana PDP yang demokratik menggalakkan pelajar untuk bekerjasama.
Guru boleh mempengaruhi pelajaran secara langsung seperti, sikap selalu marah,
memberi arahan dan terlalu kritikal. Guru yang mempengaruhi pelajar secara
tidak langsung adalah melalui menerima perasaan pelajar tanpa menakutkannya,
memuji pelajar dan menggalakkan mereka menggunakan dan menerima idea pelajar
lain.
Terdapat beberapa
elemen-elemen komunkasi yang berkesan dalam PDP. Guru hendaklah seorang yang
bermaklumat dan mempunyai pengetahuan. Berkemahiran berucap dalam menyampaikan
idea. Ini ditentukan oleh elemen-elemen seperti telah menguasai isi pelajaran;
mampu menyediakan alat bantu mengajar yang menarik dan berkesan, kontak mata,
bahasa badan, sentuhan, merumus isi pelajaran dalam bahasa yang mudah bersedia
berbincang dengan murid. Komunikasi merupakan eleman yang sangat penting dalam
menjadikan proses penyampaian maklumat lebih berkesan dan lancar.
Kesimpulannya, pengurusan
bilik darjah haruslah dilakukan melalui kerjasaa diantara guru dan pelajar bagi
memastikan suasana kelas sentiasa ceria dan selesa lantas dapat mengurangkan
masalah disiplin.
No comments:
Post a Comment