Pengurusan murid pelbagai upaya
merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami
masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini
lebih terarah kepada program pendidikan khas yang dijalankan ke atas
peajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau
mental. Pendidikan khas itu sendiri merujuk kepada program yang dibentuk untuk
memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. Pendidikan
khas juga merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi,
kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak
berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran
perdana.
Kajian mengenai
pengurusan murid pelbagai upaya ini memfokuskan kepada empat topik perbincangan
iaitu pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas. Program
pemulihan dan pengayaan diwujudkan atas arahan Kementerian Pelajaran Malaysia
bertujuan untuk memastikan murid-murid yang menghadapi masalah dalam
pembelajaran mampu untuk belajar sekiranya guru-guru menggunakan kaedah
pembelajaran yang sewajarnya. Manakala pelbagai kecerdasan ialah teori
yang diperkenalkan oleh seorang tokoh barat iaitu Howard Gardner. Teori ini
membincangkan tentang pelbagai keupayaan yang dimiliki oleh murid yang
mempunyai kecerdasan dan kepintaran luar biasa. Aspek keempat yang diberi
tumpuan dalam kajian ini ialah bekeperluan khas. Melalui topik ini, pelbagai
masalah pembelajaran dibincangkan seperti masalah disleksia, hiperaktif,
sindrom down, autisme dan kerencatan mental. Selain itu, aspek murid pintar
cerdas juga turut diberi penekanan dalam kajian ini.
Program Pemulihan juga merupakan
langkah-langkah khusus yang dijalankan bertujuan untuk membantu murid-murid
yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira. Golongan pelbagai upaya ini perlu dipulihkan
sebaik sahaja masalah yang dihadapi itu dapat dikesan oleh guru mata pelajaran
atau guru bilik darjah dengan langkah-langkah yang sewajarnya. Pemulihan
merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif yang diguakan
untuk membantu murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Pelaksanaan
program pemulihan ini bermatlamat untuk menghakis jurang perbezaan terutamanya
pencapaian murid dalam sesuatu aktiviti.
Selanjutnya,
pengayaan pula merupakan aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti asas
pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam waktu sekolah atau di luar
kawasan sekolah. Aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam
kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah dan sama ada kumpulan
cerdas atau sederhana cerdas. Dalam kajian terhadap pengurusan murid pebagai
upaya ini, pengayaan merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh
pelajar yang bermasalah pembelajaran untuk menambahkan pengetahuan dan
memperluaskan pengalaman mereka. Melalui pengayaan ini guru perlu menyediakan
bahan bantu belajar seperti kad-kad bacaan tambahan, lembaran kerja, permainan
dan rekreasi, dan alat-alat teknologi yang lain.
Konklusinya,
pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai upaya memerlukan pelajaran pada
kelajuan yang sesuai. Pengurusan murid merupaka satu bidang yang penting
disekolah. Maka dapat difahami bahawa pengurusan pelbagai upaya adalah merupakan
sebuah usaha untuk membantu ramai individu lain yang mempunyai keupayaan yang
berbeza untuk turut sama berjaya dalam akademik.
No comments:
Post a Comment