Topik 9 ini berkaitan
dengan peraturan dan disiplin murid, pengurusan devian dan salah laku serta
pekeliling dan peraturan. Guru hendaklah menangani masalah devian yang berlaku
dalam kalangan pelajar secara profesional. Guru juga mestilah bijak dalam
mencorak anak didiknya agar mereka tidak berasa tersisih dan melakukan salah
laku. Pelajar memerlukan perhatian yang sama rata daripada guru dan hal ini
haruslah dilaksanakan oleh guru tanpa ada unsur pilih kasih.
Guru perlu membimbing
tingkah laku murid ke arah positif dan menghentikan tingkah laku negatif agar
murid bebas dari sebarang gangguan. Terdapat beberapa langkah asas bagi
pengurusan tingkah laku iaitu dengan mengenal pasti jenis tingkah laku yang
hendak dikaji terlebih dahulu dan kemudian tentukan sasaran. Seterusnya pilih
strategi yang hendak digunakan serta mengkaji kesan dan akhir sekali
mengaplikasi strategi baru jika perlu.
Melalui teknik modifikasi,
guru perlu menggunakan satu sistem pengurusan tingkah laku bermasalah dengan
membuat pemantaun dan penilaian dalam bilik darjah. Penyimpanan rekod salah
laku murid-muridnya seperti’ bila ia berlaku dan bagaimana ia berlaku’ kerana
proses merokod ini amat penting dalam teknik memodifikasikan tingkah laku.
Antara teknik modifikasi lain ialah peneguhan. Di dalam peneguhan positif,
kebarangkalian berulangnya tingkah laku yang diingini yang ditambah manakala
melalui peneguhan negatif kebarangkalian berulang tingkah laku operan di tambah
dengan memindah atau menghapuskan stimuli yang menggunakan.
Pengenaan denda pula adalah
bertujuan untuk menghentikan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini. Semua
hukuman denda harus dimaklumkan kepada murid dan pihak sekolah menentukan bahawa
sesuatu hukuman betul-betul dilaksanakan. Behavioris berpendapat bahawa tingkah
laku yang baik itu diberi ganjaran dan juga pada masa yang sama diberi hukuman
terhadap tingkah laku yang tidak diingini. Skinner pula berpandangan bahawa
denda itu hanya boleh membawa kesan dalam tempoh yang singkat sahaja.
Reverse
psychology pula menggunakan
psikologi untuk modifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Kemahiran
guru untuk memahami psikologi murid, mengenal pasti sikap, pandangan dan
pemikiran dalamannya adalah amat diperlukan. Selain itu, shaping pula merupakan satu usaha memberikan ganjaran kepada murid
setiap kali dia semakin hampir kepada tingkah laku yang baik. Ganjaran yang
ditawarkan oleh guru menjadi semakin besar apabila murid bergerak kearah
pencapaian tigkah laku yang ditetapkan.
Kesimpulannya, pengurusan
tingkah laku ini adalah bermula daripada guru dengan menunjukkan tingkah laku
yang baik terlebih dahulu. Setiap murid mempunyai sikap yang berbeza maka guru
hendaklah belajar untuk memahami sikap murid dan mengambil tindakan yang
sewajarnya ke atas sesuatu tindakan itu.
No comments:
Post a Comment