Topik ini berkaitan
dengan pengurusan penasihatan murid. Bab ini menjelaskan tentang fungsi seorang
guru bukan sahaja mengajar bahkan sebagai penasihat kepada para pelajarnya agar
mereka yang mempunyai masalah dapat dibantu dengan sebaiknya. Sesi kaunseling
terhadap pelajar amat perlu terutamanya bagi pelajar yang mempunyai masalah
dalam pembelajaran mahupun kendiri.
Pengurusan penasihatan
murid ini sangat penting untuk dilaksanakan agar masalah-masalah yang berlaku
dapat diatasi hingga ke akar umbi. Namun begitu, pelbagai aspek haruslah
ditekankan ketika memberikan sesi kaunseling dan bimbingan iaitu dengan
mematuhi kod etika bimbingan dan kaunseling serta tidak melakukan perkara yang
bercanggah daripada aspek bimbingan dan kaunseling. Sebagai seorang guru, sikap
profesional dalam menangani isu dan masalah pelajar sangat diperlukan agar
pelajar dapat memberikan kerjasama dalam menyelesaikan masalahnya.
Antara jenis perkhidmatan
binbingan yang disediakan ialah perkhidmatan memberi maklumat (menyebarkan
maklumat pelajaran, kerjaya dan lain-lain), perkhidmtan petempatan (membantu
murid-murid memilih kegiatan bidang kokurikulum yang sejajar dengan kebolehan,
minat dan kemampuannya), perkhidmatan mencegah penyalahgunaan dadah (memupuk
rasa benci terhadap dadah), perkhidmatan perundingan dan rujukan (merancang
bersama-sama guru tentang cara-cara yang paling berkesan untuk megawasi
kemajuan murid-murid), perkhidmatan
penyelarasan sumber (menjadi penyelaras untuk kebajikan majikan,
agensi-agensi kebajikan dan orang-orang kenamaan tempatan dalam program
bimbingan di sekolah), perkhidmatan
dengan ibu bapa (bekerjasama dengan ibu bapa dalam mewujudkan disiplin
di kalangan murid-murid) dan perkhidmatan penilaian (mengadakan program
pembimbing rakan sebaya dan program latihan).
Tuntasnya,
pengurusan penasihatan murid merupakan suatu bentuk tindakan untuk memberi
bimbingan dan panduan kepada murid untuk membuat pilihan yang baik untuk
kehidupan mereka dan ia juga merupakan suatu tugas yang memerlukan ibu bapa, pihak sekolah, guru dan murid untuk
memberi kerjasama bagi sama-sama terlibat untuk membantu.
No comments:
Post a Comment