Pengurusan
membawa maksud proses perancangan, penyusunan, pengarahan, dan pengawalan usaha
ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi untuk mencapai
matlamat organisasi. Pengurusan
pengajaran dan pembelajaran pelajar merupakan sebuah elemen penting yang
berperanan dalam meningkatkan prestasi pelajar serta berfungsi dalam
penyampaian ilmu. Objektif dalam pengajaran dan pembelajaran juga adalah bergantung
kepada sejauh manakah pengurusan dan pembelajaran ini dijalankan. Bagi seorang
pendidik, penguasaan terhadap pengurusan bilik darjah adalah penting bagi
membolehkan maklumat dapat disampaikan kepada pelajar. Hal ini demikian supaya
meningkatkan pengawalan kelas yang berkesan.
Dalam hal ini, guru berperanan
sebagai pengurus bilik darjah. Guru
bertanggungjawab untuk merancang, mengelola, mengawal dan mengarah. Dalam aspek
merancang ini, sebagai contoh guru berperanan untuk merancang objektif pelajaran,
strategi dan kaedah pengajaran, merancang bahan-bahan pengajaran serta susunan
fizikal bilik darjah. Dalam aspek mengelola pula, guru bertanggungjawab untuk
mengurus rutin bilik darjah, aktiviti murid, aktiviti kumpulan dan kaedah
fizikal dan kemudahan. Bagi aspek mengawal pula, guru perlu mengawal peraturan
bilik darjah, untuk memastikan tiada masalah disiplin dan mengawal murid yang
mempunyai masalah peribadi. Seterusnnya, aspek mengarah memerlukan guru untuk
mengarahkan murid menjawab soalan-soalan yang diutarakan. Murid harus mematuhi disiplin
di dalam bilik darjah dan mengarahkan murid untuk menguruskan tugas harian
bilik darjah.
Sehubungan dengan
itu, dalam aspek persediaan rancangan kerja. Guru perlu membuat perancangan terlebih
dahulu sebelum mengajar iaitu Rancangan Pembelajaran Harian (RPH). Guru perlu
merancang isi pelajaran, teknik mengajar, alat bahan bantu mengajar (ABBM) yang
sesuai agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan
berkesan. Perancangan perlu mempunyai objektif, teknik dan kaedah. Hal ini bagi
membolehkan guru tersebut lebih bersedia untuk mengajar.
Pengurusan sumber
pengajaran dan pembelajaran juga adalah sangat penting. Sumber pengajaran
terdiri daripada bahan-bahan yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaaan alat bantu mengajar yang bersesuaian dapat
melancarkan proses pengajaran. Antara sumber pengajaran dan pembelajaran ialah
buku teks, buku rujukan dan alat bantu mengajar.
Kesimpulannya,
pengurusan pengajaran dan pembelajaran pelajar adalah sangat penting dalam
membawa kepada kemudahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tugasan
sebagai sorang guru adalah dipenuhi dengan tanggungjawab, maka apabila suatu
tugasan itu diuruskan dengan baik maka sudah pasti akan menghasilkan sesuatu
yang baik.
No comments:
Post a Comment